Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan kami di info.amankampus@gmail.com

Monday 6 February 2012

Lirik lagu yang bakal dinyanyikan esok sempena pelancaran #AmanKampus

ASPIRASI BANGSA HADAPAN

Peristiwa semalam mengajar tentang perjuangan
Nilai dan makna si pewaris bangsa
Pertahan tradisi pimpinan,Pertahankan kemakmuran
Tamadun baru membina budaya dunia

Kita teguh bertunjangkan Perlembagaan Negara
Lupakan kepentingan dan kehendak sendiri
Berilah diri demi falsafah perubahan
Sentuhi hati,Selami hasrat jiwa

Kita Aspirasi!Generasi Muda Merdeka
Berilmu,BErtakwa,Bertekad,Berbakti
Mengangkat martabat diri dan menjunjung nilai budi
Mengangkasa impian di bumi pertiwi

Mari kita bangunkan bangsa masa hadapan
Menuju impian
Bangsa Mulia,Negara berdaulat
Satu destinasi,Satu Aspirasi!

No comments:

Post a Comment