Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan kami di info.amankampus@gmail.com

Sunday 5 February 2012

MAHASISWA DAN PENTAS AKADEMIK


Hari ini, mahasiswa hebat berbicara dan mencabar dalam arena politik. Menjadi lumrah penyebaran ideologi itu berkembang luas dalam masyarakat mahasiswa merentas sebuah kehidupan di universiti. Namun, hari ini kita bukan berbicara tentang politik. Tapi ianya sebuah “fundamental principe” iaitu lorong-lorong pentas akademik mahasiswa yang seharusnya mahasiswa itu sendiri berani dan punya asas kukuh untuk bicara dan menggegar realiti masyarakat seluruhnya.


Pentas akademik tidak harus dipolitikkan. Biarpun selepas ini ada yang mungkin menegur bahawasanya politik juga adalah satu cabang ilmu. Namun harus kita ketahui bahawa maksudnya bukanlah untuk menafikan politik. Cuma, perlu satu pendekatan yang bersederhana dalam menzahirkan sebuah perjuangan. Tidak harus berlaku pentas akedemik itu dikuasai oleh ahli politik. Atau dikuasai oleh ahli akedemik yang berpolitik ekstrim dan terus-terusan memandulkan sistem akademik.


Kebebasan akademik. Bebas membicarakan hal-hal kritikal dalam setiap cabang ilmu yang punya roh dalam menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara. Namun begitu perlu kita kembali kepada asasnya, iaitu bersederhana dan mengangkat agama Islam sebagai sempadan fahaman bagi muslim. Bagi bukan muslim pula tidak dinafikan hak-hak untuk bicara. Namun, perlu kita selami apa itu kita tafsirkan sebagai hormat-menghormati. Hukum-hukum agama, adat serta norma masyarakat itu harus diambil kira. Tidaklah mungkin bebas akedemik jika masih pentas akedemik itu dipenuhi dengan aliran politik semata-mata dan menafikan asas kebebasan.


Dimanakah silapnya, sistem atau mahasiswa? Dimanakah mahasiswa pada ketika sesuatu permasalahan kritikal itu diperbincangkan. Mana anak-anak muda jurusan perhubungan antarabangsa ketika kita alami pergeseran dengan negara luar? Di mana mahasiswa? Membisu. Inilah hakikatnya, apabila pentas akademik itu ditinggalkan maka kita akan ketandusan anak muda mempertahankan kebenaran. Anak muda hari ini terutama mahasiswa asyik dan terlalu terpesona dengan keseronokkan. Terlupa dengan perkara yang sepatutnya dizahirkan dalam pentas akademik negara. Mendiam terus di meja tulis. Dan akhirnya luput bersama nota-nota lama.


Anak muda harus kembali ke meja tulis. Membaca dan menjadi pakar dalam jurusan masing-masing. Juga dalam pada itu ambil kesempatan untuk memenuhkan dada dengan segala jenis ilmu yang ada. Jangan menolak kerana tersekat dengan fahaman partisan. Seterusnya bangkit dan suarakan idea-idea yang mampu menjana dan mencipta lorong dan jalan-jalan ke arah kemajuan negara kemudian hari. Anak muda tidak harus takut dan berdiam. Jangan dengan jelasnya berani dan menjadi lidah-lidah golongan partisan. Jangan juga menjadikan sistem sebagai halangan dan kekangan kepada kita untuk terus membawa “baton” kehidupan. Jangan memilih pada jalan yang salah. Perlu di salur pada platform yang benar.

No comments:

Post a Comment