Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan kami di info.amankampus@gmail.com

Friday, 10 February 2012

#Aman Kampus di UniKL berjalan lancar !!!

Penuh 1 Dewan....ada juga budak anti Aman Kampus...
depa dah masuk gelanggang kita yop....ini sudah bagus...


Mohd Hafiz Ariffin - YDP MPP UTHM

Izuan Jamaluddin - YDP MPP USM

Hasrul Ngadiman - YDP Persatuan Anak Johor UTM


seorang peserta Aman Kampus tekun membaca edaran kertas oleh Gabungan Anak Johor yang disampaikan oleh En. Feriz Omar. Beliau telah menyampaikan pidator bertajuk Pelajar / Mahasiswa Asas Kepimpinan & Kejayaan 'Wholistic'. Mungkin ramai antara kita yang masih tertanya-tanya siapakah Feriz Omar. Beliau merupakan: 
  1. Presiden Pro Waris Malaysia 
  2. Penuntut Tetap Yayasan Kepimpinan (YKP) 
  3. Kolumnis Utusan Malaysia 
  4. Penasihat Kehormat GPMS dan PErtubuhan Seni Silat Gayong Malaysia.
En. Feris sedang mendengar soalan yang diajukan oleh mahasiswa UniKL.


pemidato dari kiri berbaju belang MPP UTM Hasrul Ngadiman, tengah YDP MPP UTHM Hariz Ariffin dan yang berkot hitam ialah YDP MPP USM Izuan Jamaluddin. Mereka bertiga menyampaikan tajuk yang berkisarkan peranan anak muda sebagai pemimpin negara masa hadapan. 


Budak yang berbaju Merah ini merupakan Penuntut UniKL Semester 1 yang datang ke hadapan untuk bertanya soalan tetapi apa yang aku nampak dia macam nak berpidato. Tajuk yang boleh aku bagi kt dia ialah jangan pemimpin yang soleh tapi mempunyai niat yang busuk nak menjatuhkan orang dihadapan khalayak. 

Bagi aku budak ni macam dihasut dan diupah. Apa barang yob nak tanya soalan api baca soalan tu dari a-z. Kalau sendiri buat tak akan tak mampu cakap terus tanpa baca...baca isi sudah..tak perlu baca 100%.

Agak bodoh bila dia bertanyakan kepada ketiga-tiga pemidato tentang niat doa qunut dan menyuruh ketiga-tiga pemidato ini membacakan doa qunut dikhalayak ramai. Saudara Hasrul dan Izuan telah menyambut cabaran itu dengan baik tetapi Hafiz telah membuat keputusan untuk tidak membacanya dikhalayak ramai. Bagi aku mereka berdua sudah kena 'game' yob. Berbeza pula dengan Hafiz, dia mengatakan bahawa dia tidak mahu bukan bererti dia tidak pandai tetapi dia menjelaskan tidak perlu untuk membaca. Hafiz cakap dekagt aku yang budak poyo ni saja nak kenakan mereka. Aku dan blogger lain pun merasakan perkara yang sama yob. 

Ikon ASPIRASI malam ni...lu memang steady Hafiz...

Untuk makluman semua, Hafiz merupakan anak jati Johor yang bersekolah agama sehingga peringkat khas dan pernah mengikuti tahfiz al-quran. Memang aku respek abis dengan Hafiz (YDP MPP UTHM) kerana beliau menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang merendah diri. Beruntung penuntut UTHM dapat pemimpin seperti ini.

orang cakap suruh berhenti tapi tak nak berhenti...kepala batu..

Budak ni juga dari UniKL dan berbaju merah yob. Dia bertanya isu yang sememangnya lapuk yang mempersoalkan kenapa mahasiswa Aman Kampus menuduh mahasiswa yang membuat demonstrasi tanpa permit sebagai penyokong parti pembangkang? bagi aku soalan ini memang sah sudah lapuk.Contoh mudah di UPSI malam tahun baru yob. Aku boleh jamin yob bahawa budak-budak yang berdemonstrasi tempoh hari merupakan penyokong yang amat membencikan BN dan PM kita. Kalau sudah membenci bermakna mesti mereka menyayangi yang sebalah sana yob.. Kalau benar bukan mereka penyokong pembangkang kenapa perlu cakap 'hancur UMNO', 'Hancur Najib'..itu sudah cukup yob nak buktikan yang mereka bukan penyokong pro Kerajaan BN..tak perlulah mengatakan mereka atas pagar. Kalau panjat pagar aku percaya. Mereka akan bagi alasan yang mereka bebas yob....aku pun buat-buat percaya..

psst: amenoworld yang blogger pro pembangkang juga 'ketuk kepala' diorang yob!!!


No comments:

Post a Comment