Majlis Perasmia Aman Kampus peringkat negeri Pulau Pinang akan dirasmikan oleh YB Senator Datuk PK Subbaiyah pada pukul 11.30 pagi di Chai Leng Park
Masyarakat Cina Penang memang sporting
Selepas Perak, Misi Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat kini di Pulau Pinang. Peserta Kembara Mahasiswa telah tiba di Pulau Pinang pada jam 3 petang tadi. Kami semua menginap di Kampus USM Transkrian.
Aktiviti bermula selepas solat Isyak dimana kali ini misi Aman Kampus melancarkan Progam Info Siswa dan Pentas Anak Muda.
Pentas Anak Muda telah dijalankan di Dewan Terbuka Taman Teluk Indah. Kami telah berkumpul di sini sebelum kumpulan mahasiswa Aman Kampus dipecahkan kepada 2 kompeni. 1 kompeni di Pentas Anak Muda dan 1 lagi menjalankan Program Info Siswa. Setibanya saya di Taman Teluk Indah, perasaan saya sangat kecewa apabila melihat persekitaran kawasan perumahan di sini yang dihuni oleh majoriti masyarakat India amat tidak terurus. Pada mulanya saya tidak percaya, jadi saya cuba melihat dengan lebih dekat dan berniat mahu memasuki rumah pangsa di Taman Teluk Indah. Alangkah terkejutnya melihat sampah bergelimpangan di kawasan ini seolah-olah kerajaan negeri di Pulau Pinang ini lngsung tidak prihatin tentang kebajikan rakyat di sini. Melihat keadaan ini, saya membayangkan masyarakat di sini seperti dianaktirikan.
Tinggalkan pasal isu sampah ini. Saya telah membuat liputan Info Siswa pada malam tadi. Kami telah ditugaskan untuk mendekati masyarakat dan mendengar sendiri sebaang masalah dan cadangan daripada rakyat di sini. Lokasi yang menjadi tumpuan kami ialah sekitar Bandar Prai. Kami telah mendekati masyarakat di lokasi Restoran Great Wellesley dan sekitar Medan Kurau 3, Perai. Perkara yang membuat peserta Aman Kampus pening kepala ialah mereka sangat memberi kerjasama sehinggakan kertas soal selidik yang diberi seorang 5 helai tidak cukup. Masyarakat di sini yang mejoritinya kaum Cina telah membuatkan ada di antara Mahasiswa ASPIRASI berlari mencari kedai untuk mendapatkan borang tambahan. Ternyata dengan maklum balas yang diberikan oleh kaum Cina di Pulau Pinang ini mereka amat memerlukan perubahan di kawasan ini.
Di sini saya ingin kongsikan gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera saya.
LOKASI : RESTORAN GREAT WELLESLEY
LOKASI : SEKITAR MEDAN KURAU 3
Sebahagian Peserta yang baru sahaja selesai buat soal selidik
Kanak-Kanak Berbangsa INDIA juga menyokong Aman Kampus!!!
mereka cakap "Peace Campus"
Sumber : Harapan Esok