Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan kami di info.amankampus@gmail.com

Friday 10 February 2012

Aman Kampus di SMK Sultan Alauddin, Kulaijaya, Johor

#Aman Kampus : Pelajar SMK Sultan Alauddin tidak mahu melepaskan peserta Aman Kampus untuk ke Pahang !!!

Sebaik sahaja selesai program Ikon Siswa di SMK Puteri Wangsa, Aman Kampus tiba di SMK Alaudin, Felda Bukit Besar. YB. Dato’ Dr. Adnan Baba telah merasmikan program Aman Kampus di sini.


Ikon Siswa di SMK Sultan Alauddin


YB. Dato’ Dr. Adnan Baba beramah mesra dengan peserta Aman Kampus di SMK Alaudin
Peserta Aman Kampus bermesra dengan penghuni Pusat Pemulihan dalam Komuniti


Peserta Aman Kampus telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana satu kumpulan di SMK Sultan Alauddin dan 1 kumpulan lagi ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti Bukit Besar untuk menyerahkan sedikit sumbangan kepada penghuni Pusat Pemulihan dalam Komuniti. Pusat Pemulihan dalam Komuniti merupakan sebuah pusat pemulihan orang-orang yang ‘down syndrome’. 


Pelajar Tingkatan 5 SMK Sultan Alauddin memeriahkan aktiviti Ikon Siswa

Bertempat di Dewan SMK Sultan Alauddin, aktiviti Ikon Mahasiswa menampilkan adik Nuramalina pelajar tingkatan 5 SMK Alaudin yang telah menyampaikan pidato yang bertajuk 'Generasi Berwawasan Aspirasi Negara'. 


adik Nuramalina pelajar tingkatan 5


Selepas itu, Aman Kampus telah menampilkan Farhan Mukhlis iaitu penuntut UPSI untuk berkongsi pengalamannya kepada adik-adik di sini kejayaannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat adik-adik di SMK Alaudin untuk menempa kejayaan dalam pendidikan.


Farhan Mukhlis penuntut UPSI


Peserta Aman Kampus bergambar bersama adik-adik di SMK Sultan Alauddin

Sebaik sahaja program di SMK Alaudin tamat, Aman Kampus meneruskan siri jelajahnya ke Kota Tinggi, Johor untuk singgah di Masjid Kota Tinggi bagi menunaikan Solat Jamak Takhir sebelum meneruskan perjalanan ke negeri Pahang Darul Makmur.


Saudara Shahar Abdullah telah mengimamkan solat Jamak Takhir

Konvoi Aman Kampus bertolak dari Masjid Kota tinggi pada jam 6.30 petang dan selamat tiba UMP Kampus Gangbang pada jam 12.30 pagi.

1 comment:

  1. sedikit pembetulan, sebenarnya bukan 'penghuni Pusat Pemulihan dalam Komuniti' tetapi 'pelatih Pusat Pemulihan dalam Komuniti'. mereka tidak menetap di situ.

    ReplyDelete