Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan kami di info.amankampus@gmail.com

Tuesday, 14 February 2012

#Aman Kampus : Sambutan di Perak Luar Jangka !!! Keluarga Angkat Tidak Puas Hati !!!

YB. Kapten (B) Dato' Hj. Mohd. Najmuddin Elias, Adun Batu Kurau telah merasmikan pelancaran Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat Peringkat Negeri Perak sebentar tadi.

Program Ikon Siswa dan Info Siswa di SMK Jelai Kuala Kurau baru sahaja melabuhkan tirai. Ketika ini sedang diadakan majlis  pelancaran Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat Peringkat Negeri Perak. Sebentar tadi, Program Ikon Siswa berlangsung di SMK Jelai Kuala Kurau manakala Program Info Siswa berlangsung di Pasar Minggu Pekan Batu Kurau. 

Program Ikon Siswa kali ini telah menampilkan 4 orang panel iaitu: 

1) Mohd Fauzi Bin Ramli 
2) Hudaliyana Ghazali 
3) Mashitah Maso’od 
4) Auni Farsha Mohd Salleh 

adik Mohd Fauzi Bin Ramli dari UTM KL sedang berkongsi pengalaman bersama para pelajar SMK Jelai, Kuala Kurau

Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat telah selamat tiba di negeri Perak pada pukul 6.30 petang semalam. YBM Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin telah menyempurnakan simbolik penyerahan anak angkat (Peserta Aman Kampus) kepada warga kampung sekitar. Majlis ini telah diadakan di tapak pasar Malam, Kg Masjid Ijok. 

YBM Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, ADUN Kubu Gajah sedang berucap

Majlis pada petang semalam telah dirasmikan oleh YBM Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, ADUN Kubu Gajah. Turut serta pada majlis Perasmian petang semalam ialah Muhd Anwar Ariffin, Ketua Penerangan Belia 4B Negeri Perak dan Mohd Shahar Abdullah, Presiden ASPIRASI. 

ibu angkat sedang menunggu anak-anak angkat mereka

Anak angkat emak...
"bertemu dengan senyuman...berpisah dengan tangisan..."

Ribuan Masyarakat sedang mendengar Pidato Pentas Anak Muda oleh wakil ASPIRASI Aman Kampus!!!

Malam Semalam, Program Pentas Anak Muda telah mendapat sambutan luar jangkaan dimana hampir 1 ribu rakyat telah berkumpul di sini. 

Saudari Badariah

Saudara Muzamil Arif

Aman Kampus telah menampilkan dua orang Pemidato yang tidak asing lagi iaitu Saudari Badariah dan Saudara Muzamil Arif. Tetamu yang hadir pada malam tadi ialah:

1) YBM Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar 
    ADUN Kubu Gajah 
2) Muhd Anwar Ariffin 
    Ketua Penerangan Belia 4B Negeri Perak 
3) Mohd Shahar Abdullah 
    Presiden ASPIRASI. 
4) Saudara Nur Azman 
    Ketua Kampung Masjid Ijok 

Rata-rata keluarga angkat merungut menyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana mereka tidak mempunyai banyak masa untuk mengenali hati budi anak-anak angkat mereka. Ada ibu-ibu angkat yang menjuraikan air mata walaupun baru berkenalan tidak sampai 12 jam. Inilah Aman Kampus yang telah memberi impak yang sangat mendalam kepada kehidupan masyarakat di sekita Kg Masjid Ijok.


Adik Kecil pun Sokong AMAN KAMPUS!!!

No comments:

Post a Comment